Thursday, 26 November 2015

Pulau Pulau di Semporna

Assalam / Hai semua... selamat siang..

Ada masa ni bolehlah hapdet2 blog foto ni. Sempat jugaklah mentelaah foto-foto dalam cakera keras semalam.. jadi jom kita cuci mata kejap...


Subhanallah.. cantik dan sempurnanya ciptaan Tuhan.















Tau kan tempat-tempat di atas..?

Terima kasih.


Friday, 13 November 2015

Kapalai Underwater

Assalam.

Terumbu karang yang terdapat di dasar laut Kapalai Resort. Amat mengagumkan dan mengasyikkan menikmati hidupan marin di bawah permukaan laut. Sekali pergi memang tak puas. Rancang nak pergi lagi lain kali jika ada masa dan keadaan mengizinkan.

Bagi mereka yang memang suka aktiviti menyelam dan aktiviti marin, saya syorkan datanglah ke Kapalai Resort ni jika datang ke daerah Tawau ataupun Semporna.

Selamat menikmati foto dalam laut yang sempat di rakam menggunakan kamera DSLR D90 lens Tamron 17-55mm f2.8. Tapi... kamera ni bukanlah waterproof atau underwater camera okay... Jadi untuk membolehkan D90 ni dibawah menyelam ke dasar laut saya menggunakan DigiPac khusus untuk DSLR underwater & waterproof casing.