Thursday, 26 November 2015

Pulau Pulau di Semporna

Assalam / Hai semua... selamat siang..

Ada masa ni bolehlah hapdet2 blog foto ni. Sempat jugaklah mentelaah foto-foto dalam cakera keras semalam.. jadi jom kita cuci mata kejap...


Subhanallah.. cantik dan sempurnanya ciptaan Tuhan.















Tau kan tempat-tempat di atas..?

Terima kasih.


Friday, 13 November 2015

Kapalai Underwater

Assalam.

Terumbu karang yang terdapat di dasar laut Kapalai Resort. Amat mengagumkan dan mengasyikkan menikmati hidupan marin di bawah permukaan laut. Sekali pergi memang tak puas. Rancang nak pergi lagi lain kali jika ada masa dan keadaan mengizinkan.

Bagi mereka yang memang suka aktiviti menyelam dan aktiviti marin, saya syorkan datanglah ke Kapalai Resort ni jika datang ke daerah Tawau ataupun Semporna.

Selamat menikmati foto dalam laut yang sempat di rakam menggunakan kamera DSLR D90 lens Tamron 17-55mm f2.8. Tapi... kamera ni bukanlah waterproof atau underwater camera okay... Jadi untuk membolehkan D90 ni dibawah menyelam ke dasar laut saya menggunakan DigiPac khusus untuk DSLR underwater & waterproof casing.









Tuesday, 22 September 2015

Panning Techniques - Tawau Drifts

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Baru belajar-belajar lakukan teknik panning ni. Mohon sifu-sifu tunjuk ajar lagi.

Jadi, inilah hasilnya setelah sekian lama menanti-nanti pada masa dan tempat yang sesuai. Jom layan...

Mohon tabah ya...































Terima kasih kepada pihak penganjur Tawau Drifts kerana memberi peluang kepada orang ramai menonton acara tersebut... sambil shoot-shoot sikit hehe.

******************************



  

Wednesday, 16 September 2015

Bohey Dulang Island (Landscape)

Assalam.

Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah SWT. Baru-baru ini berkesempatan pergi ke beberapa pulau di perairan Semporna yang terletak di daerah Tawau dalam negeri Sabah, Malaysia. 

Sebenarnya kita tak plan sangat pergi ke pulau-pulau ni sebab salah satu faktor keselamatan. Tapi terr pegi jugak... sudah rezeki, alhamdulillah. Seperti semua sedia maklum kawasan perairan pantai timur Sabah masih lagi dalam kawalan pihak keselamatan negara yang diperketatkan. Kini dibawah pasukan keselamatan ESSCOM dan memang di pulau-pulau ini terdapat pos-pos pihak keselamatan bagi menjaga dan menjamin keselamatan pelancong dan pengunjung yang datang.

Sesungguhnya pulau-pulau di sini sangat cantik, Subhanallah. Dengan pantainya yang cantik, airnya yang biru dan bersih, pasirnya yang putih, pandangan sekitarnya betul-betul memukau mata.

Kali ini RP akan berkongsi foto-foto pulau yang sempat di lawati. 

Mohon tabah ya...
















Terima kasih. Thank you.

Akan datang kita akan cuba kongsikan hasil foto-foto "underwater" yang sempat di fotoshoot... amatur jerr.

Sekian, sehingga jumpa di lain episod.